Wednesday, February 25, 2009

Sidang Media: MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA DSAI




Satu sesi sidang media telah diadakan pada 15hb Febuari 2009 lalu. Sidang media ini adalah berkenaan Majlis Jamuan Makan Malam Bersama DSAI yang akan diadakan pada 1hb Mac 2009 ini di Restoran Dragon Court, Oakland, Seremban 2.

Sidang media ini yang saya hadiri ini turut disertai oleh penyelaras program, saudara Edwin Lim Khoon Seng, Timbalan Pengerusi Perhubungan, saudara Aridass Velu, wakil komuniti Tionghua saudara Ng Yong Sam dan Tang Jay Son.

Majlis jamuan anjuran Bahagian Rasah ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat Tionghua khususnya di Negeri Sembilan kepada kepimpinan PKR Negeri dan Pusat. Antara tetamu kehormat yang akan hadir ialah Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Tan Tee Beng, YB Chua Tian Chua, YB William Leong dan YM Raja Petra Kamarudin. Pemimpin Pakatan Rakyat negeri turut dijemput iaitu YB Lok Siew Fook dan Pesuruhjaya PAS negeri, saudara Hj. Zulkifly Omar.

Monday, February 23, 2009

Program Brainstorming

Saya (kiri) bersama Jayson (tengah) & Edwin (kanan)


Dato' Kamarul sedang mempengerusikan mesyuarat perhubungan.




Satu sesi penjanaan minda telah diadakan pada 7hb Febuari 2009 lalu di Telok Kemang. Saya selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri turut hadir untuk menjayakan program ini.

Kenyataan Akhbar ADUN Chuah


Keratan Sinar Harian kenyataan Adun Chuah
(Khamis, 19 Febuari 2009)

"Mana lebih teruk, adakah kisah peribadi lampau seseorang dihebohkan atau gejala politik wang dan penyalahgunaan yang diamalkan BN?"....petikan pandangan Yb Chai Tong Chai mengenai isu gambar bogel Adun Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong.