Monday, March 2, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA DSAI

Pengerusi Perhubungan Negeri, Dato' Kamarul Baharin Abbas bersama YB William Leong (Adun Selayang)


Bersatu Ke Arah Perubahan...antara team yang menjayakan program.
dari kiri: Edwin Lim Khoon Seng, Ng Yong Sam, Paul, Khoo & Tang Jayson


Sesi Penyerahan Memorandum Penternak Khinzir Bukit Pelandok kepada DSAI

Kehadiran orang ramai dan jemputan yang telah memenuhi seluruh dewan. Kesemua 100 meja dipenuhi oleh jemputan. Ini menunjukkan sebagai tanda sokongan seluruh masyarakat terutama masyarakat Tionghua. Persepsi bahawa PKR adalah parti orang Melayu telah berjaya diubah dengan kejayaan majlis ini. 90% jemputan yang hadir terdiri daripada masyarakat Tionghua.

Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Baharin Abbas, Parti Keadilan Rakyat adalah parti rakyat Malaysia dan menyeru semua rakyat Malaysia bersatu untuk membawa perubahan kepada negara.

Wednesday, February 25, 2009

Sidang Media: MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA DSAI




Satu sesi sidang media telah diadakan pada 15hb Febuari 2009 lalu. Sidang media ini adalah berkenaan Majlis Jamuan Makan Malam Bersama DSAI yang akan diadakan pada 1hb Mac 2009 ini di Restoran Dragon Court, Oakland, Seremban 2.

Sidang media ini yang saya hadiri ini turut disertai oleh penyelaras program, saudara Edwin Lim Khoon Seng, Timbalan Pengerusi Perhubungan, saudara Aridass Velu, wakil komuniti Tionghua saudara Ng Yong Sam dan Tang Jay Son.

Majlis jamuan anjuran Bahagian Rasah ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat Tionghua khususnya di Negeri Sembilan kepada kepimpinan PKR Negeri dan Pusat. Antara tetamu kehormat yang akan hadir ialah Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Tan Tee Beng, YB Chua Tian Chua, YB William Leong dan YM Raja Petra Kamarudin. Pemimpin Pakatan Rakyat negeri turut dijemput iaitu YB Lok Siew Fook dan Pesuruhjaya PAS negeri, saudara Hj. Zulkifly Omar.

Monday, February 23, 2009

Program Brainstorming

Saya (kiri) bersama Jayson (tengah) & Edwin (kanan)


Dato' Kamarul sedang mempengerusikan mesyuarat perhubungan.




Satu sesi penjanaan minda telah diadakan pada 7hb Febuari 2009 lalu di Telok Kemang. Saya selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri turut hadir untuk menjayakan program ini.

Kenyataan Akhbar ADUN Chuah


Keratan Sinar Harian kenyataan Adun Chuah
(Khamis, 19 Febuari 2009)

"Mana lebih teruk, adakah kisah peribadi lampau seseorang dihebohkan atau gejala politik wang dan penyalahgunaan yang diamalkan BN?"....petikan pandangan Yb Chai Tong Chai mengenai isu gambar bogel Adun Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong.

Thursday, January 22, 2009

Analisa Keputusan PRK Kuala Terengganu

dipetik daripada Malaysia-Today.net

Officially, Pakatan Rakyat won with just 2,631 votes and the Chinese voted BN. Unofficially, the figure is much higher and what BN got was only the votes from the older Chinese residents of Kuala Terengganu who had been threatened by BN. The younger Chinese from outside the state who would have told BN to go to hell did not come back to do just that.

Note that Ahmad Said told the Chinese: if you are nice to me, I will be nice to you, and if you are not nice to me, I will be ten times more not nice to you. And Rosmah Mansor reminded the voters that the government knows whom you voted for. While her husband, the Deputy Prime Minister, told the Chinese, you must show your gratitude to the government. And without the 3,000 outstation Chinese to ‘balance’ the votes of the ‘old folks’ who remember only too well the aftermath of the 11 May 1969 general election, the ‘Chinese’ areas ‘fell’ to BN.

The above table is based on votes garnered in the Parliamentary constituency, which differs from votes garnered in the four State constituencies. For the state constituencies, PAS, not BN, won Batu Burok and Ladang. The voters voted BN for Parliament and PAS for State in 2008.

Rombongan Mengadap Almarhum Tuanku Jaafar
(dari kiri: YB Chai Tong Chai, Dato' Kamarul, Hj Kamel,YB Aminuddin, Sabaruddin Yassim & YB Ravi)

Pada 24hb Disember 2008/Rabu lalu, Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah berkenan menerima rombongan mengadap oleh wakil-wakil Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan.

Saya bersama wakil-wakil Yang Berhormat dari PKR Negeri Sembilan iaitu Ahli Parlimen Telok Kemang merangkap Pengerusi Perhubungan Negeri, Dato' Kamarul Baharin Abbas, Adun Ampangan YB Rashid Latiff, Adun Sikamat YB Aminuddin Harun dan Adun Port Dcikson YB M. Ravi telah mengadakan kunjungan mengadap almarhum Tuanku Baginda. Turut sama menyertai kunjungan ini adalah Setiausaha Perhubungan Negeri, saudara Sabaruddin Mohd Yassim dan Ketua Bahagian Rasah, Hj Muhammad Kamel Yassin.



KABEL DI BAWAH TANAH MENGGANGU PERJALAN AIR DI DALAM LONGKANG DI SG NIPAH




SALAM SEJAHTERA,

DI ATAS ADUAN DARI JKKK SG NIPAH MENGGENAI KABEL LETRIK DI DALAM LONGKANG MENYEBABKAN SAMPAH BERTAKUNG DAN BANJIR KILAT BERLAKU DI JALAN PISANG KG SG NIPAH.

PUSAT KHIDMAT ADUN CHUAH TELAH MENGHUBUNGI TNB UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN TERSEBUT PADA 19.1.2009.

BERSAMA SAMA INI DILAMPIRKAN GAMBAR YANG DIAMBIL DI TEMPAT KEJADIAN BERSAMA DENGAN ADUN CHUAH YB CHAI TONG CHAI DAN PEGAWAI TNB.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

DARI,
PUSAT KHIDMAT ADUN CHUAH
JLN BESAR BUKIT PELANDOK.
06-6672317