Monday, July 27, 2009

Program Pimpinan Negeri Turun Ke Cabang

Rasah-4hb Julai 2009, Kg. LBJ, Labu.


Kuala Pilah-Kawasan Perindustrian Dioh, Kuala Pilah.

Kuala Pilah-Kawasan Perindustrian Dioh, Kuala Pilah.




Jelebu-21hb Jun 2009, Balai Rakyat PKR, Kg Petaseh, Simpang Pertang.

Dalam kesibukan mengendali dan mengurus DUN Chuah, saya sempat meluangkan masa hujung minggu untuk turut serta dalam Program Pimpinan Negeri Turun Ke Cabang.

Program ini telah menghasilkan kesan positif kepada cabang-cabang terhadap usaha serius Pimpinan Negeri untuk turun dan mendengar cadangan, pandangan n komen dalam memperbaiki hubungan & komunikasi, pentadbiran dan gerak kerja ke arah menawan Negeri Sembilan pada PRU 13 nanti.

Semoga hasil program ini akan mampu membentuk suatu kekuatan dan semangat baru kepada akar umbi keseluruhannya.

Perjumpaan & Dialog Bersama Dewan Perhimpunan Cina NS

Antara jawatankuasa Pimpinan Negeri yang hadir.


Dialog Persefahaman...sesi soal jawab antara Pimpinan Negeri dan NSCA


Bersatu Ke Arah Perpaduan Malaysia....sesi bergambar Pimpinan Negeri & NSCA

Satu pertemuan dan dialog antara PKR Negeri Sembilan dengan Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan telah berlangsung pada 30hb Jun 2009 lalu.

Pertemuan mesra ini telah berjaya mewujudkan satu persefahaman yang utuh antara kedua-dua pihak. Pelbagai persoalan yang menjadi keraguan antara kedua-dua pihak telah berjaya diperjelaskan dengan tepat dan menyakinkan oleh Pimpinan Negeri dan telah mencetuskan keyakinan kepada NSCA bahawa Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh PKR mampu mentadbir Negeri Sembilan pada masa depan lebih baik dan terjamin.

Recruitment Membership & Driveskill Workshop

Peserta-peserta bengkel yang terlibat daripada cabang-cabang Negeri Sembilan dan Melaka.


Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Pimpinan Negeri, Dato' Kamarul Baharin Abbas.


Turut serta...saya bersama Ketua Penerangan Pimpinan Negeri, saudara Ibrahim Yusof dan Timbalan Pengerusi Pimpinan 1, saudara Nordin Ismail.

Satu bengkel "Recruitment Membership & Driveskill" telah diadakan pada 28hb Jun 2009 lalu di Hotel Royale Bintang, Seremban.

Seramai 40 orang peserta telah terlibat untuk program ini yang terdiri daripada penjawat-penjawat utama kepimpinan cabang dari seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Program yang dikendalikan oleh Biro Latihan Pusat bersama IRI ini bertujuan memantapkan kaedah dan rangka strategik untuk mendapatkan dan menambah keanggotaan parti.

Lanjutan daripada bengkel ini, Majlis Pimpinan Negeri Sembilan telah mewujudkan biro latihan recruitment membership untuk menjalankan peranannya meningkatkan, memilih dan menambahkan keanggotaan parti di Negeri Sembilan.

Monday, April 13, 2009

Sekitar Kempen PRK Dua Bukit

Perjuangan Pelaksana Kata-kata...Chegubard ketika berkempen dalam ceramah kelompok di Taman Ria, Simpang (Dun Changkat Jering). Turut sama berkempen (dari kiri ke kanan) YB Kasevan, YB Tsai (Adun Kuala Sepetang) dan YB Chan Lih Kang.


Sokongan Padu Rakyat...pelbagai lapisan masyarakat hadir ke ceramah kelompok yang diadakan di Taman Ria, Simpang.


Makkal Sakthi...YB Gobalakrishnan ketika berkempen di ceramah kelompok yang diadakan di kawasan Cinta Sayang, Sg. Petani.

Sekitar Gerak Kerja Di Bukit Gantang Dan Bukit Selambau

Saya bersama Dato' Kamarul (kiri sekali) , Hj Muhamad Kamel Yassin (empat dari kanan) , Hj Baharuddin Hj Siri selaku ketua bilik gerakan di Tasek Apong Bukit Selambau yang memberi taklimat gerak kerja dan persiapan yang telah dijalankan oleh Bahagian Tampin untuk PRK Bukit Selambau.



Dua gambar di atas ketika saya hadir melapor ke Bilik Gerakan Utama Dun Changkat Jering, yang merupakan salah satu Dun yang berada dalam Parlimen Bukit Gantang. Pengarah Dun, saudara Abd Rahim (berbaju kuning) sedang memberi taklimat mengenai situasi di Dun Changkat Jering.

Monday, March 2, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA DSAI

Pengerusi Perhubungan Negeri, Dato' Kamarul Baharin Abbas bersama YB William Leong (Adun Selayang)


Bersatu Ke Arah Perubahan...antara team yang menjayakan program.
dari kiri: Edwin Lim Khoon Seng, Ng Yong Sam, Paul, Khoo & Tang Jayson


Sesi Penyerahan Memorandum Penternak Khinzir Bukit Pelandok kepada DSAI

Kehadiran orang ramai dan jemputan yang telah memenuhi seluruh dewan. Kesemua 100 meja dipenuhi oleh jemputan. Ini menunjukkan sebagai tanda sokongan seluruh masyarakat terutama masyarakat Tionghua. Persepsi bahawa PKR adalah parti orang Melayu telah berjaya diubah dengan kejayaan majlis ini. 90% jemputan yang hadir terdiri daripada masyarakat Tionghua.

Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Baharin Abbas, Parti Keadilan Rakyat adalah parti rakyat Malaysia dan menyeru semua rakyat Malaysia bersatu untuk membawa perubahan kepada negara.

Wednesday, February 25, 2009

Sidang Media: MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA DSAI




Satu sesi sidang media telah diadakan pada 15hb Febuari 2009 lalu. Sidang media ini adalah berkenaan Majlis Jamuan Makan Malam Bersama DSAI yang akan diadakan pada 1hb Mac 2009 ini di Restoran Dragon Court, Oakland, Seremban 2.

Sidang media ini yang saya hadiri ini turut disertai oleh penyelaras program, saudara Edwin Lim Khoon Seng, Timbalan Pengerusi Perhubungan, saudara Aridass Velu, wakil komuniti Tionghua saudara Ng Yong Sam dan Tang Jay Son.

Majlis jamuan anjuran Bahagian Rasah ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat Tionghua khususnya di Negeri Sembilan kepada kepimpinan PKR Negeri dan Pusat. Antara tetamu kehormat yang akan hadir ialah Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Tan Tee Beng, YB Chua Tian Chua, YB William Leong dan YM Raja Petra Kamarudin. Pemimpin Pakatan Rakyat negeri turut dijemput iaitu YB Lok Siew Fook dan Pesuruhjaya PAS negeri, saudara Hj. Zulkifly Omar.