Showing posts with label Ke Arah Menawan Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Ke Arah Menawan Negeri Sembilan. Show all posts

Monday, July 27, 2009

Program Pimpinan Negeri Turun Ke Cabang

Rasah-4hb Julai 2009, Kg. LBJ, Labu.


Kuala Pilah-Kawasan Perindustrian Dioh, Kuala Pilah.

Kuala Pilah-Kawasan Perindustrian Dioh, Kuala Pilah.




Jelebu-21hb Jun 2009, Balai Rakyat PKR, Kg Petaseh, Simpang Pertang.

Dalam kesibukan mengendali dan mengurus DUN Chuah, saya sempat meluangkan masa hujung minggu untuk turut serta dalam Program Pimpinan Negeri Turun Ke Cabang.

Program ini telah menghasilkan kesan positif kepada cabang-cabang terhadap usaha serius Pimpinan Negeri untuk turun dan mendengar cadangan, pandangan n komen dalam memperbaiki hubungan & komunikasi, pentadbiran dan gerak kerja ke arah menawan Negeri Sembilan pada PRU 13 nanti.

Semoga hasil program ini akan mampu membentuk suatu kekuatan dan semangat baru kepada akar umbi keseluruhannya.

Recruitment Membership & Driveskill Workshop

Peserta-peserta bengkel yang terlibat daripada cabang-cabang Negeri Sembilan dan Melaka.


Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Pimpinan Negeri, Dato' Kamarul Baharin Abbas.


Turut serta...saya bersama Ketua Penerangan Pimpinan Negeri, saudara Ibrahim Yusof dan Timbalan Pengerusi Pimpinan 1, saudara Nordin Ismail.

Satu bengkel "Recruitment Membership & Driveskill" telah diadakan pada 28hb Jun 2009 lalu di Hotel Royale Bintang, Seremban.

Seramai 40 orang peserta telah terlibat untuk program ini yang terdiri daripada penjawat-penjawat utama kepimpinan cabang dari seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Program yang dikendalikan oleh Biro Latihan Pusat bersama IRI ini bertujuan memantapkan kaedah dan rangka strategik untuk mendapatkan dan menambah keanggotaan parti.

Lanjutan daripada bengkel ini, Majlis Pimpinan Negeri Sembilan telah mewujudkan biro latihan recruitment membership untuk menjalankan peranannya meningkatkan, memilih dan menambahkan keanggotaan parti di Negeri Sembilan.